Friday, July 10, 2009

OH.DUNIA PERUBATAN SEMAKIN CANGGIH!

OH.Aku tertarik gile bace article kat BH dan Kosmo tadi.Kagum gak aku ngan saintis sekarang nih.Macam2 dah reka benda2 baru.Yang paling aku tertarik pasal sperm dicipta di makmal.wahaha..Macam mane tu eh?ahahaha..


KARIIM NAYERNIA

NEWCASTLE - Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.

Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.

Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.

Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). - Agensi



BERITA HANGAT DI PASARAN BUAT SI IBU MENGANDUNG!!HEHE


OH!Buat si ibu mengandung anda ada berita baek.huahuahua..Gara-gara snc n tech pesat membangun..kini ibu mengandung boleh kurangkan kesakitan ketika melahirkan anak.huH!Makin jadi2 la anak zaman akn dtg nnti eh.Dah tak mnghargai pengorbanan mak yang sangat sakit ketika melahirkan anak.hahah.kddg.Tu terpulang kpd indivdu msg2.Aku pun bkn baek sgt.huahua.TAPI.MAK still no1..hek3.sorry abah.I love you too.^-^Korg layanzzzz saja article aku cilok kat BH nih.


SINGAPURA: Rasa sakit sewaktu bersalin dan kesan sampingannya dapat dikurangkan dengan lebih berkesan menerusi sistem penyaluran ubat penahan sakit yang dihasilkan sekumpulan empat pelajar Politeknik Nanyang (NYP). Sistem berlandaskan Windows CE itu dihasilkan dengan kerjasama Ketua Penyelidik Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Profesor Alex Seah. Dengan menggunakan sistem itu, bil pesakit dapat dikurangkan daripada S$3,000 (RM7,328) kepada sekitar S$1,300 (RM3,175.27).

Melihat keberkesanan projek kumpulan pelajar itu, NYP menyertai pertandingan Singapura Microsoft Imagine Cup 2009.

Berkat kegigihan selama enam bulan, kumpulan diberi nama Infusion itu muncul juara bagi kategori Pembangunan Embedded (Embedded Development) baru-baru ini.

Seorang anggota Infusion, Mohamad Hanafi Awang, 21 tahun, yang mengikuti kursus Diploma Elektronik, Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi, berkata menerusi sistem berkenaan, pesakit hanya perlu menekan butang untuk menyalurkan ubat penahan sakit ke dalam tubuh apabila terasa sakit.

Sukatan ubat yang digunakan itu pula akan disesuaikan oleh doktor mengikut keperluan si ibu yang akan melahirkan.

Hanafi berkata, sistem itu turut merangkumi langkah keselamatan. Antaranya ialah selepas setiap sukatan ubat disalurkan, saluran itu tidak akan diaktifkan selama 10 minit sebelum sukatan seterusnya disalurkan lagi.

Ia dilengkapi juga dengan alat amaran supaya si ibu dapat meminta bantuan.

"Dengan menggunakan alat ini, kami mahu mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kepuasan pesakit," katanya.

Seorang lagi anggota Infusion, Mohamed Marjuk Ali, 21 tahun, yang juga mengikuti kursus yang sama, berkata sistem tersebut diperlukan terutama pesakit dari negara Dunia Ketiga.

Berkat kejayaan mereka, Infusion diberi penghargaan mewakili Singapura dalam pusingan akhir pertandingan antarabangsa Microsoft Imagine Cup di Kaherah daripada 3 Julai hingga kelmarin. -Agensi

OH GIGI!Oh.BDK Dentisty GMN..you should know this!heheh



Implan gigi rekaan anak tempatan lebih mesra pengguna kerana prosedur ringkas dan tanpa pembedahan


OH.MENARIK GILE.tapi aku tak pakai pun benda nih.tak tahu la.mybe suatu hari nanti.Tapi ni membuktikan doctor2 gigi kite jugak amat berbakat.wahaha..Org Melayu tu yang cipta..Bravo.Bravo.huhu.Tapi aku memang berhajat untuk pakai bracess(huh?cmne nk eja eh)-pendakap gigi la..lepas spm.Tapi hajat aku x kesmpaian sampai sekarang.Lepas akak aku bukak braces giliran aku pulak yang buat.titibe plak masuk PLKN.aiyak.then tangguh smpai aku buat dcision untuk pegi egypt..Hmm..Lagi la..Hajat aku tak kesampaian la nampaknye sbb nak buat benda alah ni kene byk buat appoinmnt.haihh.Kalo ade rezeki aku buat kat mesir la.hihi.then..adek aku pulak yang menggantikan aku..dia pulak yang dapat pakai bracess..Kene tuggu turn..aiyak.Agaknya abah aku ni nak semua anak2 dia gigi cantik kot.sume kene pkai bracess nampaknye.huahuahua..ok.membebel pnjang..Layanz je article ni.

Cayalah Dr Firdaus!!

SEKALI pandang, ia tidak ubah seperti skru biasa yang mungkin dianggap ramai sebagai tiada keistimewaannya. Namun inilah 'penyelamat' kepada pelbagai masalah yang dialami ramai - gigi rosak sehingga terpaksa dicabut, sukar mengunyah makanan dan paling penting, boleh menjejaskan ketrampilan seseorang gara-gara kehilangan gigi.

Inilah keunikan gigi tiruan atau implan gigi Novella Ultima yang direka sekumpulan penyelidik diketuai Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah.

Lebih membanggakan, implan gigi menerusi penyelidikan selama setahun itu adalah hasil titik peluh anak tempatan yang sekali gus menjadikannya implan gigi pertama Malaysia yang dikomersialkan. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya dan hanya akan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan dari sekarang, implan gigi itu sememangnya mencuri tumpuan ketika pembentangan kertas kerja mengenainya dibuat pada Seminar Persatuan Implan Pergigian Malaysia (MOIA) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hakikatnya, tiada pengganti gigi yang terbaik apabila ia patah atau perlu dicabut tetapi alternatif terbaik yang ada adalah menerusi kaedah menanam implan gigi.

Di seluruh dunia misalnya, ada 250 pengeluar implan dengan setiap satunya mendakwa mereka adalah yang terbaik. Namun, pengiktirafan terbaik itu sebenarnya datang dalam bentuk pakej, reka bentuk implan yang mesra pengguna, kejayaan klinikal dan kejayaan pasaran.

No comments:

Post a Comment