Wednesday, September 2, 2009
merdeka day

Tuesday, July 28, 2009
Sunday, July 26, 2009
kenapa islam diperlaku sebegini??kejam!!bodoh anjing dasar barat islamofobia~!!TTT____TTT
Ditikam mati di mahkamah kerana bertudung

ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.
Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.
Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.
Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.
Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.
Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.
Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.
Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.
Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.
Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.
Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.
Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.
Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.
Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.
Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.
Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.
Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.
Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".
Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.
Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.
Oleh HAFIZAHRIL HAMID
Friday, July 10, 2009
OH.DUNIA PERUBATAN SEMAKIN CANGGIH!

KARIIM NAYERNIA
NEWCASTLE - Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.
Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.
Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.
Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.
Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). - Agensi
OH!Buat si ibu mengandung anda ada berita baek.huahuahua..Gara-gara snc n tech pesat membangun..kini ibu mengandung boleh kurangkan kesakitan ketika melahirkan anak.huH!Makin jadi2 la anak zaman akn dtg nnti eh.Dah tak mnghargai pengorbanan mak yang sangat sakit ketika melahirkan anak.hahah.kddg.Tu terpulang kpd indivdu msg2.Aku pun bkn baek sgt.huahua.TAPI.MAK still no1..hek3.sorry abah.I love you too.^-^Korg layanzzzz saja article aku cilok kat BH nih.SINGAPURA: Rasa sakit sewaktu bersalin dan kesan sampingannya dapat dikurangkan dengan lebih berkesan menerusi sistem penyaluran ubat penahan sakit yang dihasilkan sekumpulan empat pelajar Politeknik Nanyang (NYP). Sistem berlandaskan Windows CE itu dihasilkan dengan kerjasama Ketua Penyelidik Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Profesor Alex Seah. Dengan menggunakan sistem itu, bil pesakit dapat dikurangkan daripada S$3,000 (RM7,328) kepada sekitar S$1,300 (RM3,175.27).
Melihat keberkesanan projek kumpulan pelajar itu, NYP menyertai pertandingan Singapura Microsoft Imagine Cup 2009.
Berkat kegigihan selama enam bulan, kumpulan diberi nama Infusion itu muncul juara bagi kategori Pembangunan Embedded (Embedded Development) baru-baru ini.
Seorang anggota Infusion, Mohamad Hanafi Awang, 21 tahun, yang mengikuti kursus Diploma Elektronik, Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi, berkata menerusi sistem berkenaan, pesakit hanya perlu menekan butang untuk menyalurkan ubat penahan sakit ke dalam tubuh apabila terasa sakit.
Sukatan ubat yang digunakan itu pula akan disesuaikan oleh doktor mengikut keperluan si ibu yang akan melahirkan.
Hanafi berkata, sistem itu turut merangkumi langkah keselamatan. Antaranya ialah selepas setiap sukatan ubat disalurkan, saluran itu tidak akan diaktifkan selama 10 minit sebelum sukatan seterusnya disalurkan lagi.
Ia dilengkapi juga dengan alat amaran supaya si ibu dapat meminta bantuan.
"Dengan menggunakan alat ini, kami mahu mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kepuasan pesakit," katanya.
Seorang lagi anggota Infusion, Mohamed Marjuk Ali, 21 tahun, yang juga mengikuti kursus yang sama, berkata sistem tersebut diperlukan terutama pesakit dari negara Dunia Ketiga.
Berkat kejayaan mereka, Infusion diberi penghargaan mewakili Singapura dalam pusingan akhir pertandingan antarabangsa Microsoft Imagine Cup di Kaherah daripada 3 Julai hingga kelmarin. -Agensi
Cayalah Dr Firdaus!!Inilah keunikan gigi tiruan atau implan gigi Novella Ultima yang direka sekumpulan penyelidik diketuai Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah.
Lebih membanggakan, implan gigi menerusi penyelidikan selama setahun itu adalah hasil titik peluh anak tempatan yang sekali gus menjadikannya implan gigi pertama Malaysia yang dikomersialkan. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya dan hanya akan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan dari sekarang, implan gigi itu sememangnya mencuri tumpuan ketika pembentangan kertas kerja mengenainya dibuat pada Seminar Persatuan Implan Pergigian Malaysia (MOIA) di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Hakikatnya, tiada pengganti gigi yang terbaik apabila ia patah atau perlu dicabut tetapi alternatif terbaik yang ada adalah menerusi kaedah menanam implan gigi.
Di seluruh dunia misalnya, ada 250 pengeluar implan dengan setiap satunya mendakwa mereka adalah yang terbaik. Namun, pengiktirafan terbaik itu sebenarnya datang dalam bentuk pakej, reka bentuk implan yang mesra pengguna, kejayaan klinikal dan kejayaan pasaran.
INTERNET TAK ADAA KAAA??BERBALOI ATAU TIDAK??
(BERBALOI ATAU TIDAK?)

Adakah berbaloi?Hmm..satu lagi masalah kepada bdk2 GMN ni adalah baju.Kami disarankan untuk membeli jacket yg hanya dipakai sekejap sahaja.Adakah berbaloi?Jacket ni harganya rm120.tapi didiskaun menjadi rm100.Kononnye GMN kate rm20 lagi tuh diorg support.Heh!Boley percaye ke??Layanzzzz...tu yang pikir 2 kali nak beli ke tak nak.Mahal doll..membazir jek.Adakah berbaloi?dah la pegi mesir ni parents kitorg yg support.Kesian pulak dgn diorg.nak byar itu..byar ini..Duit ticket flight pun belum bayar?Belum masuk duit buku2 yg sememangnye mahal awi awi awi XD Adakah berbaloi?Kalau nak tempah sendiri pulak lagi la..sah2 la confrm mahal.2 kali ganda.hoishh.Kene berjimat la siket nmpaknye aku cuti nih.Tak boleh nak boros2 sgt.kuikuikui..
OH.Apa comment Mr Duwenk mengenai Jacket ni eh?
#$%^&* :Kene beli ke jacket ni abg????
Mr Duwenk : NO COMMENT..
DIHARAPKAN KORG JGN TERLALU KECEWA DGN JWPAN MR DUWENK ITU TADI KERANA BELIAU SUDAH LAMA MENGANGGAP DIRINYA SEBAGAI ARTIS*
(PERBUALAN CHIT-CHAT-ING DI http://gmn-egyptstudentcouncil4.ning.com/)
*Name pelajar terpaksa dicensoredkn ats langkah2 keselematan.heH!hoH!hiH!























